1) Untuk tujuan tempahan sila pm kami di facebook Butik Dsinari, fan page Butik
Dsinari, khidmat SMS/Whatsapp; 0192399983.
2) Mohon pembayaran dibuat dalam tempoh 24 jam dari tarikh confirmed order dibuat.
Booking akan terbatal jika tiada pembayaran dalam tempoh tersebut.
3) Warna produk yang dibeli mungkin sedikit berbeza dengan apa yang dilihat pelanggan
akibat daripada aturan skrin paparan dan atau kecerahan komputer, komputer riba,
telefon pintar, tablet dan sebagainya. Sila teliti maklumat warna dan produk yang kami
sediakan seperti contoh warna, nama warna, material, saiz, harga dan info produk.
4) Selepas kami pos barang pelanggan, kami akan memberikan ‘Tracking number’ untuk
tujuan pengesanan barang pelanggan. Sila maklumkan kepada kami sekiranya pelangggan
masih tidak menerima barang selepas 4 hari dari tarikh ‘Tracking number’ diberi.
5) Pihak Butik Dsinari menganggap pembeli telah membaca, memahami dan bersetuju dengan
terma dan syarat sekiranya bayaran telah dibuat. Segala tindakan selepas bayaran adalah
tertakluk pada terma dan syarat dari pihak kami.
6) Mana- mana produk yang telah dibeli dari Butik Dsinari tidak akan dikembalikan wang
pembayaran. Walau bagaimana pun, pihak kami membenarkan penukaran dengan produk lain
yang sama harga dengannya atau lebih tinggi darinya tertakluk pada terma nombor 7.
Pemulangan perlu dilakukan dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan produk oleh
pelanggan.Jika melebihi tempoh 7 hari, produk tidak boleh ditukar.
7) Pelanggan boleh menukarkan produk dengan alasan berikut:
a) Pelanggan tidak berpuas hati dengan saiz yang tidak sesuai dengan pelanggan. (**
Pastikan pelanggan meneliti butir ukuran yang telah kami sertakan.)
b) Terdapat kerosakan atau ketidaksempurnaan pada produk yang bukan disebabkan oleh
proses penghantaran kepada pelanggan.
8) Semua kos penghantaran courier yang terlibat dalam proses penukaran produk (7-a)
perlu ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan, samada kos pemulangan produk kepada kami
atau kos penghantaran produk baru kepada pelanggan.
8) Pemulangan semula wang atas sebab-sebab yg munasabah dan dipersetujui oleh pihak
Butik Dsinari dan pembeli akan dibuat dalam tempoh 3 hari bekerja.
9) Stok produk Butik Dsinari berubah dengan cepat kerana perniagaan dijalankan secara
online dan offline. Jika terdapat sebarang kekurangan stok atau kehabisan stok, Butik
Dsinari akan menghubungi pelanggan terlebih dahulu. Pelanggan diminta tidak membuat
bayaran sehingga kami mengesahkan tempahan terlebih dahulu jika lebih dari 24 jam dari
masa membuat booking.
10) Jika terdapat sebarang kerosakan atau kehilangan bungkusan produk semasa proses
courier kepada pelanggan, dsinari.com tidak akan bertanggungjawab dalam hal ini kerana
perkara ini adalah di luar kawalan kami. Pelanggan adalah digalakkan untuk mengambil
insuran untuk bungkusan yang mana caj tambahan akan dikenakan, ini bergantung kepada
caj insuran yang dikenakan oleh pihak Courier.